Asal Mula Terjadinya Manusia
Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi…
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan
kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian
tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi ,
bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana
bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke
hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi
masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi
malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali
dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini
yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan
ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas
perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan
perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan
tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,
kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu
Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia.
